Masakan Darah sebagai makanan

Indonesia

Di Indonesia, terutama suku Batak di Sumatera Utara, darah babi/khinzir digunakan sebagai ramuan dan sos yang dicampur dengan andaliman untuk masakan bernama sangsang/saksang.[4] Semasa pembunuhan besar-besaran di Indonesia pada tahun 1965-1966, anggota pasukan kematian tertentu meminum darah mangsa mereka kerana mereka percaya akan menghalang mereka daripada menjadi gila.[5]

Afrika

Di kalangan orang Maasai, meminum darah dari lembu adalah sebahagian daripada makanan tradisional, terutama setelah majlis-majlis khas seperti sunat/berkhatan ritual atau kelahiran anak.[6]